Memetik pandangan melalui esei beliau mengenai prejudisme masyarakat terhadap kewujudan turath, atau fenomena yang lebih tepat tentang epistemologi Islam tradisi, iaitu suatu penemuan dan iktikad yang diperkukuhkan oleh golongan ulama silam mengenai ilmu terhadap Islam. Realitinya turath semakin terpinggir seperti percikan api kemodenan membakar lebaran demi lebaran kitab-kitab yang dikarang oleh ulama silam. Adakah tujuan ini suatu yang munasabah sehingga kemarakan modeniti menganggap kewujudan nashkah-nashkah lama sebagai pekung yang tidak dapat disembuhkan. Makalah beliau turut mendedahkan segelintir Islamik liberal menyanggah keberadaan dan kegemilangan teks tersebut disebabkan kedangkalan dan kebuntuan wacana. Kebarangkalian fenomena begini seperti sebilah jarum yang terbenam di jari. Boleh jadi ianya suatu serangan minda terhadap umat Islam. Yang pasti tentunya ada dalang sedang bermain api di sebalik kelompok liberalisme yang bukan semata-mata tidak memahami turath, atau sedang melunaskan agenda-agenda tersembunyi untuk membakar kitab-kitab tradisi itu.
Definisi turath tidak sewenang-wenang boleh dikaitkan dengan istilah kamus Inggeris, disebabkan maksud tradisi (tradition) dalam konteks pemakaian mereka melencung jauh dengan sudut kefahaman masyarakat Islam. Hubungan turath dengan tradisi rakyat atau folklor seperti langit dengan bumi, perspektif sarjanawan Barat sangat menyesatkan ummah. Cuba lihat kenyataan yang dibuat oleh Auguste Comte, dia mengatakan tradisi ialah: "the dead govern the living", manakala Harold Bloom (1987) pula mengatakan : " as soon as tradition has come to be recognized as tradition, it is dead.". Antara al - turath dengan cerita dongeng, seperti mitos dan legenda, sama sekali tidak boleh dibandingkan sedemikian, bagaikan air dengan api. Inilah kekaburan yang tidak dapat ditembusi melalui pandangan mata kasar.
Umat Islam sekular masa kini sering dimomokan prasangka negatif terhadap kepentingan al Turath. Memahami kitab-kitab tua hasil karangan ulama silam merupakan manifestasi awal kewujudan Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Secara tidak lansung kedudukan ini menyediakan masyarakat dunia moden dengan rasa identiti, panduan kerana al-Turath merupakan dasar keutuhan agama yang dapat kita lihat masa kini. Dalam sejarah kegemilangan Islam, umat Islam akan merujuk Al-Quran dan Sunnah Para Nabi. Ini bermakna konsep ummah untuk memahami Al-Turath perlu diteruskan dan diusahakan oleh cendiakawan Islam. Jadikan kitab-kitab tersebut sebagai sebuah rujukan dalam memandu kesesatan ummah di zaman moden ini. Kita menyanggah pandangan dunia Barat tentang konsep memahami tradisi sebagai mentaliti primitif. keberadaan kitab -kitab bukanlah boleh diistilahkan sebagai mystical complex, sepertimana menurut Levy-Bruthl . Zaman masyarakat yang jaraknya begitu hampir dengan Rasulullah S.A.W, tentulah memiliki nilai-nilai keistimewaan, dalam konteks zaman. Adakah masyarakat di zaman tersebut memiliki keupayaan intelek yang rendah, naif atau tidak dapat berfikir secara reflektif ? Dan memiliki era tamadun yang rendah, yang boleh disamakan dengan istilah savage?
Seandainya sarjanawan Barat mengkaitkan epistemologi Islami atau Al-Turath ini dengan estetik, relung akal kepandirisme yang wajar diperbetuli. Termasuklah juga pengikut-pengikut liberalisme yang tegar dengan pemikiran sekular mereka. Jika kita melompat jauh melangkau zaman tertegaknya tamadun Islam, ketika ayat Al-Quran yang pertama diwahyukan kepada Rasulullah, iaitu Surah Al-Iqra, manusia yang buta huruf mulai bangkit daripada kegelapan untuk masuk ke tamadun yang terang benderang. Inilah konsep asas untuk mendekati ilmu-ilmu dalam Islam. Bahasa Arab muncul mengungguli tamadun-tamadun lain dalam konteks akademik. Bahasa telah menjadi suatu sistem semiotik primer. Apa hubungannya bahasa dengan Al-Turath, akan penulis lanjutkan dalam makalah ini nanti.