Tuesday, November 25, 2014

PANDANGAN HIDUP(ALAM) ISLAM 'The Worldview of Islam' SEBAGAI 'FRAMEWORK STUDY ISLAM'


Kecemerlangan akal (akliah) manusia menurut Islam diletakkan tingkat teratas dalam tubuh fizikal manusia. Dalam konteks pandangan hidup (worldview), manusia dilahirkan dengan bersifat fitrah, ingin mengenali sesuatu secara evolusi dalam kehidupan mereka. Islam merupakan pegangan atau addin (petunjuk) terunggul didalam kegulatan dan kerancuan fikiran mencari alternatif dan konsep-konsep menuju kehidupan yang syumul, dunia dan akherat. Ternyata fahaman sekular Barat telah memisahkan pandangan hidup ini, daripada dunia dan agama. Sebagai contoh, Prof.Syed Naquib al-Attas melihat pandangan hidup Islam menurut hukum metafizik, yakni berasakan sumber epistemologi, yang menjadi asas kepada kerangka dalam mentelaah sesuatu perkara.Menurut Islam, istilah pandangan hidup (world view) merujuk kepada makna rasional dan realiti yang tiada titik sempadan, meliputi kehidupan di dunia dan juga akherat. Syarat-syarat yang diusulkan oleh Prof. Syed Naquib, maksud pandangan hidup merupakan kebenaran tentang sesuatu kewujudan yang melibatkan sejarah, sosial, politik, budaya dan terakhir mestilah disandarkan kepada kehidupan di alam akherat.Pandangan hidup diumpamakan sebuah struktur bangunan yang dipenuhi kerangka dan memerlukan asas yang kukuh. Dalam maksud kerangka berfikir yang berasakan Islami. Jaringan fungsi berfikir dapat memenuhi kehendak atau matlamat dunia dan akherat.


Meskipun di dalam konsep dunia sekular masa kini, tidak semestinya memahami fahaman sekular, maka gagasan pemikiran ummah berpandukan aliran tersebut. Mamahami tidak bermaksud untuk mentaati. Pandangan tradisi tidak terlepas daripada perubahan epistemologi terkini yang memercu ke arah dunia modeniti. Pokok pangkalnya, konsep tersebut haruslah bersandarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Nilai-nilai dan peradaban akliah menurut kehendak Islam tidak akan mengalami perubahan sebagaimana menurut perspektif Barat.Menurut beliau lagi, pandangan hidup yang berteraskan Islam, harus mengutamakan konsep-konsep hakekat Allah SWT,Al -Quran, Penciptaan Alam dan Manusia, dan sebagainya. Saling kebergantungan di antara hakikat tersebut akan terserak dalam fikrah yang tidak dapat lari daripada agama Tauhid.






Monday, November 17, 2014

THE CONCEPT OF EDUCATION IN ISLAM-Syed Muhammad Naquib al-Attas

THE CONCEPT OF EDUCATION IN ISLAM
The meaning of education and of what it involves is of 
utmost importance in the formulation of a system of 
education and its implementation. Supposing I am 
asked: What is education?, and I answer: Education is a process of
instilling something into human beings. In this answer ‘a process of 
instilling’ refers to the method and the system by which what is 
called ‘education’ is gradually imparted; ‘something’ refers to the 
content of what is instilled; and ‘human beings’ refers to the 
recipient of both the process and the content. Now the answer 
given above already encompasses the three fundamental 
elements that constitute education: the process, the content, the 
recipient; but it is not yet a definition because those elements are 
deliberately left vague. Furthermore, the way of formulating the 
sentence meant to be developed into a definition as given above 
gives the impression that what is emphasized is the process.
Supposing I reformulate the answer: Education is something
progressively instilled into man. Now here we still encompass the 
three fundamental elements inherent in education, but the order 
of precedence as to the important clement that constitutes 
education is now the content and not the process. Let us consider 
this last formulation and proceed in analyzing the inherent 
concepts.
 I shall begin with man, since the definition of man is already 
generally well known, and that is, that he is a ‘rational animal’. 
Since rationality defines man, we must at least have some idea as 
to what ‘rational’ means, and we all agree that it refers to 
‘reason’. However, in Western intellectual history, the concept of 
ratio has undergone much controversy, and has become—at least of secularization of ideas that coursed through the history of 
Western thought since the periods of the ancient Greeks and 
Romans. Muslim thinkers did not conceive of what is understood 
as ratio as something separate from what is understood as 
intellectus; they conceived the caql (عقل) as an organic unity of both 
ratio and intellectus. Bearing this in mind, the Muslims defined 
man as al-ÌaywÂn al-nÂtiq,1
 where the term nÂtiq signifies 
‘rational’. Man is possessed of an inner faculty that formulates 
meaning (i.e. dhÄ nutq طـقÿذو)
2
 and this formulation of meaning, 
which involves judgment and discrimination and clarification, is 
what constitutes his ‘rationality’. The terms nÂtiq and nutq are 
derived from a root that conveys the basic meaning of ‘speech’, 
from the Muslim point of view—problematic, for it has gradually 
become separated from the ‘intellect’ or intellectus in the process. 

Friday, November 14, 2014

OPENING ADDRESS THE WORLDVIEW OF ISLAM AN OUTLINE-Syed Muhammad Naquib Al-Attas

Secara keseluruhan makalah ini memperjelaskan hakikat atau rasional tanggapan ummah mengenai pandangan hidup sejagat. Apa peranan yang wajar kita lakukan terhadap kegulatan dunia serba mencabar hari ini. Dan bagaimana umat Islam terutamanya melihat kegairahan dunia serba moden. serta tuntutan-tuntutan yang perlu ditangani oleh masyarakat Islam khasnya. Saranan Prof. Naquib kepada  individu-individu seterus manusia sejagat bahawa  gejala hakikat dunia hari ini perlu ditafsirkan melalui pandangan mata hati yakni rohani, tetaapi tidak digelidahi hanya melalui proses evolusi semata-mata.

Ternyata prasarana dunia moden bagaikan dirasuki ketamadunan teknologi. Yang dapat membeli pegangan akidah dan keutuhan anutan tauhid masyarakat Islam. Masyarakat begitu taksub kepada aspek-aspek kebendaan. Mata hati dikaburi limpahan kemodenan, sedangkan keberadaan ini sifatnya hanyalah sementara, yakni fana. Juzuk-juzuk pandangan mereka terhadap kehidupan akhirat menjadi lompong, dan lesu seolah-olah Tuhan diperlukan hanya pada keadaan-keadaan tertentu. Sedangkan hakikat sebenar, pada hari kebangkitan setiap hamba Tuhan akan dikumpulkan kelak di hadapan Allah S.W.T. Kitab amalan manusia akan dihisab, dan pada saat itu barulah manusia sedar bahawa keindahan yang ditempelkan di dunia hanya sifatnya sementara dan sia-sia. Akan tetapi di saat ini manusia akan terasa betapa ruginya, peluang yang diberikan semasa hidup di dunia tidak dimanfaatkan untuk tujuan akherat.

Dalam menangani fenomena kepesatan pembangunan sains, kewajaran bagi manusia Timur membina kefahaman pengetahuan sains dan teknologi perlu diiringi dengan nilai-nilai agama, budaya dan tatasusila kehidupan sesuatu bangsa. Budaya sains tidak harus dipencilkan dengan hakikat beragama. Jika kita merenung jauh ke dasar sejarah ketamadunan Islam, kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh para ilmuan Islam dalam konteks ilmu sains. Begitu jugalah bidang falsafah, seseorang itu boleh memikirkan konsep ketuhanan,  kerasionalan, nilai-nilai dan apapun dan haruslah dikaitkan dengan pembangunan kerohanian (spritual) yang boleh sahaja diterima ataupun ditolak menurut perspektif rasional yang objektif. Dengan syarat kedudukan sesuatu perkara itu perlulah berlandaskan epistemologi yang jitu.Nilai-nilai kesejagatan manusia perlu diukur berdasarkan ilmu-ilmu wahyu dan juga hadis Rasulullah s.a.w. Dalam usaha untuk menyatupadukan sains dengan nilai-nilai seseorang, amat perlu juga nilai-nilai murni yang berdasarkan dengan fahaman agama (Islam).

Menurut perspektif sarjana  Barat, bahawa sains tidak mempunyai hierarki. Tetapi menurut Islam, ilmu mempunyai hierarki atau martabat. Tuham mengurniakan akal minda, daya taakulan, justeru berpotensi memikirkan diiringi kekuatan emosi yang tuntas memungkinkan mereka menahan kemungkaran, dan merasai nikmat untk melunaskan kemakrufan, atau dengan erti yang lain Tuhan menganugerahi manusia Qalb yang mendorong mereka memperolehi maklumat dan sumber, lalu dicerangkinkan melalui kekuatan akal tadi. Kekuatan rohani menolak keresahan mencari sinaran kudus, lalu beramal dengan sifat-sifat mahmudah dan menjauhi mazmumah. Tidakkah kita fikirkan, Tuhan mencipta fizikal manusia dengan sebaik-baik kejadian. Kedudukan ini masih menjurus kepada aspek-aspek nilai, ilmu mantik yang dapat menerajui atau mengemudi akal seseorang hamba Tuhan. Nilai-nilai yang akan mendominasi seseorang itu jika nisbinya dihubungkan dengan nilai sains yang sifatnya mantik, sistematik dan objektif, yang melahirkan seseorang itu berfikiran positif dan kritis dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini.

Sains menurut pandangan Barat, ilmu tidak mempunyai hierarki (martabat), sebaliknya melalui sudut Islam, ilmu memiliki hierarki yang diterima dalam evolusi yang panjang dari zaman ke zaman, Sebagai contoh dikotomi ilmu yang tidak asing kepada masyarakat Islam, disebut ilmu 'ain dan ilmu kifayah (naqli dan aqli), iaitu jenis ilmu yang ditetapkan oleh syarak dan ilmu yang boleh mengalami perubahan. Oleh itu, pendekatan saintifik merupakan juzuk wahana untuk mendapatkan ilmu, jadi alur fikiran harus juga memiliki hierarki, dan satu usaha untuk mencari kebenaran. Kedudukan beginilah yang tidak dimiliki berdasarkan tradisi berfikir dunia Barat.

Dalam Islam banyak perkara-perkara pokok yang tidak memerlukan pendekatan saintifik, mantik atau rasional seperti yang difahami oleh Barat. Dalam Islam, hal-hal yang berhubung dengan keimanan seperti; percaya kepada Allah, malaikat, para rasul, kitab-kitab, tentang hari Akhirat, tidak boleh difikirkan melalui pendekatan saintifik, logik, mantik dan rasional. Kedudukan pengetahuan mengenainya berlandaskan keyakinan diri yang sungguh-sungguh kepada falsafah keimanan. Kerana itulah masyarakat Islam yang terpengaruh dengan propoganda Barat mengenai konsep saintifik, rasional dan objektif akan menolak perkara-perkara yang berada di luar skop pemikiran ini.

Bgai seorang pemikir dan saintis Islam, dia tidak boleh memisahkan dirinya dengan elemen-elemen yang membolehkannya berfikir, kerana akal tidak boleh dipisahkan daripada rahsia yang terkandung dalam Al-Quran, sebaliknya mengambil iktibar dan pengajaran  dan menerima sebab dan akibat untuk mengenal hakikat alam ini. Sebagai contoh, hakikat peristiwa Isra' dan Mikraj, Nabi Musa membelah Laut Merah dengan menggunakan tongkat dan sebagainya yang tidak boleh dihuraikan oleh kemajuan ilmu sains dan objektif.
Al-Farabi, tokoh Falsafah Islam
Tokoh Islam yang berpengetahuan luas, dalam bidang falsafah, aljebra, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.





















Pembangunan tamadun manusia tidak terpisah daripada sains dan teknologi. Menurut perspektif Islam, sejarah peradaban manusia menjelaskan bahawa sains berakar daripada agama, budaya, nilai-nilai kemanusiaan, cumanya Barat menolak tanggapan sedemikian dengan alasan-alasan yang sangat jahil. Sains Barat menyumbang kepada pembangunan yang dayus dan songsang, terlalu paradoks, mengabaikan prinsip-prinsip keinsanan. Jelas, sains dan teknologi yang dibina oleh Barat mengasingkan nilai-nilai kerohanian dan ketauhidan. Berbeza dengan Islam, kerana sains terbangun dalam peradaban dan acuan ketauhidan kepada Allah SWT.

Sains adalah ilmu yang berusaha untuk memahami tabii alam secara sistematik, mantik dan objektif. Nilai yang mendominasi seseorang itulah yang menjadikan mereka itu berfikiran kritis, positif dan juga objektif. Manakala Barat, hierarki atau martabat tidak wujud disebabkan mereka hanya merujuk satu sumber iaitu mantik. Martabat yang dimaksudkan dalam prinsip ilmu menurut Islam ialah adanya ilmu 'ain dan ilmu kifayah (kekal dan berubah), naqli atau akli. Barat memisahkan agama dan sains, hingga muncul falsafah saintisme yang melahirkan beberapa paradoks, di antaranya,  mereka berjaya membangunkan sains tetapi merosakkan ekosistem kehidupan dan pencemaran alam, kerana mengejar material. Mereka maju membangunkan sistem komunikasi, akan tetapi mereka kehilangan hubungan sosial dengan masyarakat yang begitu hampir sekalipun. Sains Barat berjaya menemukan proses pengklonan dalam bidang genetik untuk menghasilkan pelbagai produk kesihatan untuk manusia, dalam masa yang sama, mereka kehilangan insan yang bebas dan merdeka, berakhlak mulia, menghormati ibu bapa dan sebagainya. Melalui sains ekonomi, mereka terbangun di kelilingi kekayaan harta melimpah ruah, sementara mereka juga kehilangan sifat-sifat ikhlas dan mulia, diganti pula sikap individulistik, tamak dan haloba, terakhirnya Barat maju sains dan teknologi di dalam hidup yang sementara, akan tetapi mereka gagal menguruskan diri untuk kepentingan dan kekayaan di Akhirat yang kekal abadi sifatnya.

Manusia diuji sama ada mereka menggunakan sumber-sumber material yang diperolehi dengan mematuhi segala perintah Allah SWT ataupun sebaliknya. Manusia bebas memilih tetapi hendaklah ingat dunia sebenar tempat kembali, sepertimana firman Allah dalam Surah al- Maidah yang bermaksud:

.....' Dan kalau Allah menghendaki, nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu). tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu berbuat kebaikan (beriman dan beramal salih). Kepada Allah SWT jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa-apa yang kamu berselisih padanya.'
                                                                                           ( Surah al-Maidah 5:48)


Dalam Surah Al-Kahfi Allah SWT menyebut, maksudnya:

' Sesungguhnya Kami telah jadikan apa-apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah diantaranya yang lebih baik amalnya.'
                                                                                           (Surah al-Kahfi 18:7)



















Sumber melalui sejarah di Eropah tentang penerimaan ide-ide tokoh Islam tidak boleh disangkalkan.Sekiranya baru sekarang mereka mengatakan Islam jumud dan menyediakan individu untuk jalan ke akhirat, inilah pembohongan terbesar yang mereka lakukan. Subjek agama dan saintifik merupakan wacana.
 Menjelang penghujung abad ke-13, sains dan falsafah Arab telah menular ke Eropah. Dan Sepanyol yang berperanan sebelum ini sebagai orang tengah  telahpun berakhir( Philip K.Hitti, History of the Arabs, hlm.588-589). Menjelang akhir abad ke-14, tugas adaptasi dilakukan oleh Eropah. Pandangan intelektual tokoh-tokoh Islam disadurkan ke dalam penemuan Barat, bagaikan penenun yang khusuk terhadap keindahan kain tenunannya. Tidak menjadi rahsia kegelojohan mereka mencungkil khazanah ilmu daripada Timur. Selama berabad-abad, penemuan daripada Ibn Sina, Ibn Rushd, Al-Ghazali dalam bidang falsafah, perubatan dicetak semula oleh Barat. Masyarakat di Eropah mula mengiktiraf dan menghargai cara berfikir Islam. Mereka tidak dapat menafikan, Eropah boleh melihat agama Islam bersaing dengan Kristian dengan sikap terbuka. Malah, pada abad ke-17, ramai kalangan mereka mempertahankan Islam daripada prasangka Zaman Pertengahan serta mempertahankan nilai keikhlasan dan taqwa umat Islam. Pierre Boyle, seorang ahli falsafah dan memuja toleransi mengemukakan dalam edisi pertama Dictionnoire Critique, (1697), penulisan objektif tentang riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. berdasarkan ukuran tulisan ilmiah. Malahan masyarakat Islam bersedia memberi perlindungan kepada Kristian  Protestan ketika peristiwa Kristian Katholik (Ortodoks) menjahanamkan mereka. Menurut mereka, Islam disanjung sebagai sebuah agama rasional, yang berlainan sekali dengan dogma Kristian-yang amat bertentangan dengan akal.

Gejala penyebaran ilmu daripada Islam sudah lama berakar, mana mungkin sekarang mereka menafikannya, setelah pepohonan ilmu merendang teguh mencecah ke langit. Dalam perkembangan mutakhir memperlihatkan perubahan yang berbeza daripada sebelumnya. Alfred North Whitehead pernah menegaskan: " Apabila kita mengambil kira peri pentingya agama kepada umat manusia dan begitu juga halnya dengan sains, maka tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sejarah masa hadapan bergantung kepada keputusan generasi kini tentang kaitan antara kedua-duanya." (1925. Science and The Modern World.New York: The Macmillan Company.hlm.252-253).


Al-Quran mengajak manusia berfikir, menilai wahyu dengan teliti dan rasional. Firman Allah yang bermaksud: 'Patutkah mereka tidak mahu memikirkan isi al-Quran ? Kalaulah al- Quran itu tidak datang dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.' ( Surah al-Nisa' 4:82)




Sunday, November 9, 2014

Rasionalisme Pelbagai Dimensi Dalam Al-Turath Ulama

Sehingga ke hari ini golongan intelektual Barat mengkaji warisan tamadun di zaman Plato, Aristotle dan diteruskan kepada filosof-filosof Abad Pencerahan (Enlightenment), disebabkan mereka tidak mahu kehilangan tradisi keilmuan yang bernilai. Di kalangan mereka seperti Hegel dan Comte, masih merasa keliru dan menangkis perkembangan epistemologi yang diwarisi daripada tamadun Yunani itu, dan mengatakan tradisi ilmu kuno hanya boleh dijadikan sumber atau rakaman sejarah, tetapi bukan boleh dijadikan panduan dalam institusi moden. 
Dalam ajaran Islam ianya berbeza samasekali, oleh demikian pandangan sarjana Barat dalam konsep ilmu tidak sama dengan penerimaan kita mengenai kepentingan ilmu melalui konsep Islam.Perkembangan rasionalisme  sangat di alu-alukan dalam dunia Islam. Sesuatu yang perlu  dijadikan iktibar, bagaimana peristiwa sejarah yang sangat mengkagumkan dan penting, yang telah mempengaruhi falsafah di Eropah dan juga sains pada awal-awal kurun ialah pertumbuhan dan perkembangan rasionalisme dalam Islam. Pergerakan rasionalisme ini bermula setelah kemunculan al-Qur'an dan oleh Rasulullah s.a.w., telah membawa satu kejayaan yang sangat besar pada zaman awal Islam di Timur Tengah dan akhirnya dibawa ke Sepanyol. Perkembangan ilmu pengetahuan meresap ke dalam semua bidang atau cabang ilmu. Kembara keilmuan ini menular seperti bahang haba yang panas ke pelbagai sudut epistemologi ilmu dengan pelbagai cara, samada melalui dakwah, penaklukan , perkahwinan, dan sebagainya.Dalam penularannya itu, rasionalisme telah menyerapi pemikiran cendekiawan Muslim, idea-idea dan konsep-konsep mereka, malahan yang lebih penting tentang konsep ketuhanan.

Menurut makalah Dr. Khalif, dalam epistemologi Islam, para ulama umumnya bersepakat tentang klasifikasi dalam menentukan ilmu-ilmu wahyu (naqliyah) dengan ilmu-ilmu akliah(logik atau rasional). Juga menyentuh  kebenaran mutlak epistemologi Islam, ilmu-ilmu wahyu boleh seiring dengan ilmu-ilmu sains kemanusiaan dan sains tabi'i. Al-Qur'an tidak setanding dengan mana-mana kitab falsafah ciptaan manusia, dan tidak juga untuk mengajar doktrin-doktrin falsafah kepada pembacanya. Al-Qur'an merupakan firman Allah S.W.T memenuhi kehendak dan keperluan segenap lapisan manusia yang setaraf kefahaman mereka agar Al-Qur'an menimbulkan keyakinan dan kebenaran hakiki dan menambat jiwa mereka. Jadi, pembahagian di antara ilu-ilmu wahyu dengan ilmu-ilmu akliah (rasional) dilakukan dalam tamadun ilmu berdasar tingkat-tingkat dan martabat ilmu, melalui kepentingan dan kedudukan yang berbeza-beza. Tiada sebarang titik benget mengenai kekeliruan yang berlaku dalam konsep keilmuan dalam Islam.


Dalam menanggap al-Turath, sebagai ilmu tradisi yang perlu dikekalkan hingga ke hari ini bersesuai dengan tanggapan logik dan saintifik, iaitu hujah-hujah yang menyokong tesin berlandaskan ilmu pengetahuan yang hakiki. Rentetan itu, kedudukan ini mempelawa umat Islam kembali menilai semula konsep dan prinsip berdasarkan jawapan-jawapan yang saintifik. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: 'Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu hukum-hakamNya supaya kamu memahami.'
                        (Surah al-Baqarah 2:242)

'Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah Kitab yang mengandungi perkara yang menimbulkan kelebihan untuk kamu; maka mengapa kamu tidak memahaminya?'
                                                                                                             (Surah al- Anbiya' 21:10)

           Berdasarkan firman Allah tersebut, menyeru manusia berfikir,memahami seterusnya membuat justifikasi secara  rasional dengan berlantaikan kebenaran  dan realiti hidup,  bukan menurut nafsu yang luwes. Daya intelek umat Islam perlu digembleng, dan akal sebagai fakulti dan berkemampuan untuk berfikir, membuat keputusan dan melakukan penilaian tentang isu-isu yang serius.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
            

       'Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi, supaya dengan melihat kesan-kesan manusia silam, mereka akan menjadi orang yang ada hati yang dengannya menjadi orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? Sesungguhnya bukanlah mata kepada mereka buta, tetapi buta ialah mata hati yang ada di dalam dada.'
                                                                                            (Surah al-Hajj, 22:46)


Dalam konteks ayat -ayat al-Qur'an di atas, umat Islam tidak pernah dipertentangkan untuk mengaut laba daripada tradisi al-Turath, disebabkan tidak ada pergeseran dalam minda di antara ilmu wahyu dengan tradisi. Tidak pula mengikut kefahaman moden Barat yang menanggap tradisi cumalah sebagai mitos dan tidak dibebankan sebagai konsep keilmuan yang penting dan bernilai masa kini. Bagi kejahilan yang menunggangi fikiran Adonis (1994) jelas mengatakan turath sebagai beban yang menghalang kemajuan ( the burden of turath). Kesalahan meletakkan identiti terhadap al-turath juga dilakukan oleh golongan Salafi, segelintir golongan konservatif agama yang sering menolak keagungan fungsional ilmu yang dihasilkan oleh golongan ulama al-turath. Golongan ini dikatakan hanya memilih dan memberi penekanan kepada ilmu fiqh, menolak penerokaan tasawwuf dan metafizik. Padahal kebenaran ilmu yang dihasilkan melalui al-turath diibaratkan seperti kilauan permata yang tiada tolak banding. Menurut bidalan bijak pandai, 'knowledge has a beginning but no end' (Geeta S. Iyengar).

Menurut makalah Dr. Khalif, masyarakat Islam di seluruh dunia perlu menghargai tradisi turath sebagai bidang ilmu yang tinggi sumbangannya. Hanya diri individu yang berintegriti tinggi dapat mengutip dan memanfaatkan bidang- bidang ilmu yang dikarang oleh ulama-ulama muktabar Islam di zaman dahulu. Masyarakat Islam digesa agar memahami pengkaedahan konsep dalam ilmu pengetahuan Islam, sebelum menuding jari mengatakan tradisi tidak memiliki autonomi. Ini kerana setelah agama Islam dibawa oleh nabi kita, bermula detik itulah masyarakat yang mendiami akal kejahilan diberikan sinar baru untuk kebaikan dan kesejahteraan, al-Quran membimbing manusia sejagat menuju ke arah kebaikaan di dunia dan akherat. Samasekali konsep zaman sepertimana kaum sarjana Barat menganggap adanya peringkat zaman seperti zaman kegelapan, kebangkitan (renaissance), pencerahan (enlightenment) dan seterusnya zaman moden, tidak wujud dalam kamus keilmuan Islam.Al-Attas (2007) menyatakan: Tiada terdapat berlaku dalam Islam babak-babak sejarah yang menandakan zaman baharu dalam kehidupan seperti disifatkan sebagai 'klasik', kemudian 'pertengahan' , kemudian 'moden', yang kini sedang menganjak pula ke ' pasca-moden.' Keberadaan ini membuktikan dalam Islam tidak wujudnya dualisme di antara tradisi dan modeniti. Al-turath bukan kitab-kitab mitos yang wajar dilupakan.

Adakah benar Barat tidak menerima kepentingan keilmuan cendiakawan Islam? Dan menganggap tradisi Islam tidak menyuntik kepada epistemologi ilmiah seterusnya? Sebagai bukti sarjana Barat sering melupakan gejala penebaran ilmu yang mantap telah dihasilkan oleh golongan para hukama, beberapa bukti dikemukakan bahawa sebenarnya mereka tetap akan terus mempelajari dan mendalami kehebatan pemikiran tradisi malahan segi apapun, kerana dunia Islam memiliki khazanah keilmuan yang ternyata hebat. Antaranya tokoh ilmuan, seperti Ibnu Rusyd yang terkenal dengan kitab falsafah, berjudul Mabadi' al Falsafah( Pengantar Ilmu Falsafah), Kasyful Adillah, Tahafatul Tahafut dan lain-lain. Ternyata, buah fikiran  beliau dalam bidang falsafah telah mempengaruhi ahli falsafah Barat seperti Voltaire dan Rousseau. Melalui kutipan mereka melalai karya-karya tersebut telah mencetus era Renaissance di Perancis sehingga mengubah suasana kehidupan masyarakat Barat di Eropah. Inilah revolusi keilmuan dan pemikiran yang sering Barat lupakan kepada tradisi Islam.








Tuesday, November 4, 2014

Kempen "I Want To Touch A Dog" Dikritik Hebat. Adakah Perlu Untuk Diadakan?



Sebuah video menunjukkan cara buruk rakyat Malaysia melayan seorang lelaki buta dan anjing pendampingnya mendorong Syed Azmi Alhabshi menganjurkan program kontroversi “I Want to Touch a Dog”. Beliau tersentuh dengan klip video itu dan mendapati mereka ini bersikap kurang ajar terhadap lelaki buta itu kerana anjingnya.
“Dalam video itu, mereka menghalau anjing dan lelaki buta dan itu yang membuatkan saya sedih kerana kita juga mempunyai projek bersama orang buta, dan dia dilayan sebegitu rupa hanya kerana dia berbeza, itu menyedihkan saya."

“Saya tanya diri saya, apakah saya akan bertindak berbeza, apakah saya akan menyelamatkan lelaki buta itu? Saya tidak tahu kerana saya takutkan anjing,” katanya menjawab soalan hadirin dalam forum “Keterbukaan vs Sensitiviti Lazim: Di mana titik tengah?” anjuran Pemuda UMNO di Petaling Jaya pada malam 30 Oktober 2014.
Adakah tujuan memperbetulkan persepsi tersebut memerlukan keramahan terhadap kejinakkan seekor anjing. Semata-mata seorang buta dan seekor anjing pemuda ini telah melukakan jutaan umat Islam di Malaysia, dan di seluruh dunia. Niat suci Syed Azmi membela seorang lelaki buta itu murni, juga niat memberi makanan kepada seekor anjing juga harus. Tetapi adakah kewajaran menganjurkan pesta kemesraan masyarakat Islam bersama anjing-anjing. Syed Azmi wajar menimbangkan bahawa sensitiviti atau perasaan orang-orang Islam secara keseluruhan. Jalan terbaik untuk merasai keinsafan disebabkan insiden seorang buta dan seekor anjing, bukan menganjurkan I Want To Touch A Dog. Sekiranya benar mahu membuka persepsi masyarakat terhadap anjing, mengapa tidak menganjurkan satu lagi temasya bertajuk 'I like pigs but i did't eat pork', dalam konteks pendekatan yang sama, bezanya, mengapa kita perlu berasa jijik dengan binatang yang Tuhan jadikan di muka bumi ini. Kelihatannya suatu yang melampaui batas, norma, budaya, namun inilah penyesalan yang berlaku di kawasan perumahan elit Taman Tun Dr.Ismail baru-baru ini.

Allah menganjurkan umat Muhammad berbuat baik kepada sesiapapun, jiran, sahabat, saudara mara, bahkan dengan binatang pun juga. Apa kena mengenanya seekor anjing dengan seorang lelaki buta? Membela anjing tidak salah, seperti digunakan untuk menjadi "penjaga" di dalam kebun. Akan saya buktikan dengan hadis dan pendapat ulama mengenainya nanti. Konsep penganjuran yang diadakan tidak menuju matlamatnya sebaliknya masyarakat didedahkan dengan tujuan yang lain seperti  bertujuan memanjakan, dan  membelai.  Dalam konteks anjing bukan musuh kepada manusia, ada kebenaranya.

Saya mempunyai cerita sendiri tentang seekor anjing liar yang ditugaskan untuk menjaga kebun oleh seorang nenek tua di sebuah kampung. Setiap hari apabila nenek masuk ke kebun dia akan membawa sisa-sisa makanan untuk diberi kepada anjing. Sehingga anjing yang diberikan nama, Abu oleh nenek tua mengenali dirinya dan jinak pula. Apabila nenek ingin pulang selepas berkebun, Abu terkedek-kedek ekornya menghantar nenek  sehingga satu persimpangan jalan. Nenek tidak pernah memeluk atau membiarkan anjing menjilat kaki atau tangannya. Nenek sayangkan Abu kerana semenjak Abu berada di kebun, tiada musuh-musuh merosakkan tanaman seperti pisang, ubi, jagung yang diusahakannya. Perbuatan nenek pada peringkat awal hanya memberi makanan kepada seekor anjing ini. Pada peringkat awal suaminya Pak Seman menegur nenek tua supaya berhenti sahaja memeberi makanan kepada Abu. Pak Seman mula perasan bahawa kehadiran Abu di kebunnya telah menyelamatkan tanaman di kebunnya. Disebabkan keegoan Pak Seman, sekalipun dia tidak pernah membawakan makanan untuk Abu, hanya isterinya yang sering berbuat begitu. Ada masanya Pak Seman turun ke kebun sendirian, tidak bersama isterinya. Dan saban pagi juga Abu setia menunggu di sebelah dangau tempat kedua mereka berteduh semasa beristirehat setelah penat bekerja.

Tiada sedikitpun makanan dibawa untuk Abu jamah di pagi itu. beberapa kali dia menyalak kerana disebabkan kelaparan. Tidak seperti selalu yang dilakukan oleh nenek tua. Malah pada pagi itu Pak Seman kelihatan marah kepada Abu, lalu menghalaunya dengan membaling ketul-ketul tanah ke arahnya. Abu melarikan diri dengan bersembunyi di sebelik rimbun semak. Dia hanya memerhati Pak Seman dari jauh dan tidak berani menghampiri lelaki itu.

Tidak berapa lama, sewaktu Pak Seman sedang terbongkok mencangkul, menarah pangkal pokok jagung, tiba-tiba muncul seekor babi tunggal yang sebesar anak lembu dari celahan rimbun, Pak Seman tidak sedar kehadiran babi tunggal tersebut.Tidak semena-mena, babi tadi menonong berlari hendak menyondol Pak Seman yang leka mencangkul. Abu sudah dapat mengesan kehadiran babi tersebut sejak tadi. Dalam masa yang sama Abu melompat keluar dari rimbunan semak lalu cuba memintas kederasan seekor babi yang hendak menyerang Pak Seman. Pak Seman terkejut mendengar bunyi bingit, lekingan anjing dan dengusan seekor babi yang besar. Di hadapan matanya dia melihat seekor anjing sedang bertelagah dengan seekor babi. Pertarungan tersebut berlaku dalam beberapa minit. Kelihatan Abu bersungguh melawan kekuatan seekor babi. Beberapa kali dia menyaksikan Abu terhumban disondol oleh binatang tersebut. Namun akhirnya Abu dapat menggigit dengan kejap kaki babi sehingga akhirnya babi tunggal mati. Ini disaksikan di hadapannya sendiri.

Setelah babi tewas, di lihat Pak Seman, anjing itu berjalan perlahan-lahan menuju ke sebalik rimbun semak. Sesekali dia menoleh ke arah Pak Seman yang sedang memanggil namanya. Abu mengerti Pak Seman benci kepadanya, kerana sepanjang tempoh dia berada di situ sekalipun  Pak Seman tidak pernah membawakan sisa-sisa makanan, sebagi upah menjaga kebun. Pada saat-saat begini, Pak Seman merasa sesal, kecewa dan perasan pedih menyiat jiwanya, kerana merasakan pengorbanan Abu tidak terbalas dan tidak terduga. Seekor anjing yang tidak pernah dikenang jasa berjuang untuk  menyelamatkan nyawanya. Bermula pada saat itu Pak Seman insaf, dan setiap hari dia akan membawa makanan untuk Abu. Nenek merasa hairan melihat Pak Seman senantiasa mengingatkan tentang sisa-sisa makanan yang akan dibawa ke kebun. ( Iktibar)


Berdasarkan cerita pendek yang saya paparkan di atas, memeprlihatkan ketaatan seekor anjing terhadap tuannya. Memperlihatkan hubungan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi daripada seekor anjing kepada tuannya. Natijah daripada peristiwa tersebut, menunjukkan bahawa khidmat anjing untuk menjaga kebun di haruskan, tetapi bukan untuk dipakaikan reben dan dipeluk cium seperti masyarakat Islam memelihara kucing. Adakah cerita seorang lelaki tua buta dan seekor anjing dengan cerita tadi boleh dikaitkan ? Sudah tentu. Nilai-nilai keinsanan sebagai manusia perlu ada pada setiap hamba Allah. Tetapi konsep I want touch a dog, telah terpesong jauh. Konseo kasih sayang terhadap binatang tidak wajar dibuktikan dengan memeluk cium anjing-anjing. Seperti kata pepatah, "sekiranya hendak berbakti, berbuat baiklah kepada sesiapapun, meskipun seekor anjing yang melolong di jalanan, sekiranya anjing itu sudah mengenali engkau, maka setiap kali kau melalui lorong yang sunyi itu, dia menyedari dan tidak mengejar dirimu"



SKMM 6013 KESUSASTERAAN DAN FALSAFAH MELAYU

Wednesday, October 29, 2014

Pandangan Islam Terhadap Tradisi dan Kemodenan (Islamic View Of Heritage And Modernity)


Memetik pandangan melalui esei beliau mengenai prejudisme masyarakat terhadap kewujudan turath, atau fenomena yang lebih tepat tentang epistemologi Islam tradisi, iaitu suatu penemuan dan iktikad yang diperkukuhkan oleh golongan ulama silam mengenai ilmu terhadap Islam. Realitinya turath semakin terpinggir seperti percikan api kemodenan membakar lebaran demi lebaran kitab-kitab yang dikarang oleh ulama silam. Adakah tujuan ini suatu yang munasabah sehingga kemarakan modeniti menganggap kewujudan nashkah-nashkah lama sebagai pekung yang tidak dapat disembuhkan. Makalah beliau turut mendedahkan segelintir Islamik liberal menyanggah keberadaan dan kegemilangan teks tersebut disebabkan kedangkalan dan kebuntuan wacana. Kebarangkalian fenomena begini seperti sebilah jarum yang terbenam di jari. Boleh jadi ianya suatu serangan minda terhadap umat Islam. Yang pasti tentunya ada dalang sedang bermain api di sebalik kelompok liberalisme yang bukan semata-mata tidak memahami  turath, atau sedang melunaskan agenda-agenda tersembunyi untuk membakar kitab-kitab tradisi itu.
   Definisi turath tidak sewenang-wenang boleh dikaitkan dengan istilah kamus Inggeris, disebabkan maksud tradisi (tradition) dalam konteks pemakaian mereka melencung jauh dengan sudut kefahaman masyarakat Islam. Hubungan turath dengan tradisi rakyat atau folklor seperti langit dengan bumi, perspektif sarjanawan Barat sangat menyesatkan ummah. Cuba lihat kenyataan yang dibuat oleh Auguste Comte, dia mengatakan tradisi ialah: "the dead govern the living", manakala Harold Bloom (1987) pula mengatakan : " as soon as tradition has come to be recognized as tradition, it is dead.". Antara al - turath dengan cerita dongeng, seperti mitos dan legenda, sama sekali tidak boleh dibandingkan sedemikian, bagaikan air dengan api. Inilah kekaburan yang tidak dapat ditembusi melalui pandangan  mata kasar.
      Umat Islam sekular masa kini sering dimomokan prasangka negatif terhadap kepentingan al Turath. Memahami kitab-kitab tua hasil karangan ulama silam merupakan manifestasi awal kewujudan Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Secara tidak lansung kedudukan ini menyediakan masyarakat dunia moden dengan rasa identiti, panduan kerana al-Turath merupakan dasar keutuhan agama yang dapat kita lihat masa kini. Dalam sejarah kegemilangan Islam, umat Islam akan merujuk Al-Quran dan Sunnah Para Nabi. Ini bermakna konsep ummah untuk memahami Al-Turath perlu diteruskan dan diusahakan oleh cendiakawan Islam. Jadikan kitab-kitab tersebut sebagai sebuah rujukan dalam memandu kesesatan ummah di zaman moden ini. Kita menyanggah pandangan dunia Barat tentang konsep memahami tradisi sebagai mentaliti primitif. keberadaan kitab -kitab bukanlah boleh diistilahkan sebagai mystical complex, sepertimana menurut Levy-Bruthl . Zaman masyarakat yang jaraknya begitu hampir dengan Rasulullah S.A.W, tentulah memiliki nilai-nilai keistimewaan, dalam konteks zaman. Adakah masyarakat di zaman tersebut memiliki keupayaan intelek yang rendah, naif atau tidak dapat berfikir secara reflektif ? Dan memiliki era tamadun yang  rendah, yang boleh disamakan dengan istilah savage?
       Seandainya sarjanawan Barat mengkaitkan epistemologi Islami atau Al-Turath ini dengan estetik, relung akal  kepandirisme yang wajar diperbetuli. Termasuklah juga pengikut-pengikut liberalisme yang tegar dengan pemikiran sekular mereka. Jika kita melompat jauh melangkau zaman tertegaknya tamadun Islam, ketika ayat Al-Quran yang pertama diwahyukan kepada Rasulullah, iaitu Surah Al-Iqra, manusia yang buta huruf mulai bangkit daripada kegelapan untuk masuk ke tamadun yang terang benderang. Inilah konsep asas untuk mendekati ilmu-ilmu dalam Islam. Bahasa Arab  muncul mengungguli tamadun-tamadun lain dalam konteks akademik. Bahasa telah menjadi suatu sistem semiotik primer. Apa hubungannya bahasa dengan Al-Turath, akan penulis lanjutkan dalam makalah ini nanti.