Sebuah video menunjukkan cara buruk rakyat Malaysia melayan seorang lelaki buta dan anjing pendampingnya mendorong Syed Azmi Alhabshi menganjurkan program kontroversi “I Want to Touch a Dog”. Beliau tersentuh dengan klip video itu dan mendapati mereka ini bersikap kurang ajar terhadap lelaki buta itu kerana anjingnya.
“Dalam video itu, mereka menghalau anjing dan lelaki buta dan itu yang membuatkan saya sedih kerana kita juga mempunyai projek bersama orang buta, dan dia dilayan sebegitu rupa hanya kerana dia berbeza, itu menyedihkan saya."
“Saya tanya diri saya, apakah saya akan bertindak berbeza, apakah saya akan menyelamatkan lelaki buta itu? Saya tidak tahu kerana saya takutkan anjing,” katanya menjawab soalan hadirin dalam forum “Keterbukaan vs Sensitiviti Lazim: Di mana titik tengah?” anjuran Pemuda UMNO di Petaling Jaya pada malam 30 Oktober 2014.
Allah menganjurkan umat Muhammad berbuat baik kepada sesiapapun, jiran, sahabat, saudara mara, bahkan dengan binatang pun juga. Apa kena mengenanya seekor anjing dengan seorang lelaki buta? Membela anjing tidak salah, seperti digunakan untuk menjadi "penjaga" di dalam kebun. Akan saya buktikan dengan hadis dan pendapat ulama mengenainya nanti. Konsep penganjuran yang diadakan tidak menuju matlamatnya sebaliknya masyarakat didedahkan dengan tujuan yang lain seperti bertujuan memanjakan, dan membelai. Dalam konteks anjing bukan musuh kepada manusia, ada kebenaranya.
Saya mempunyai cerita sendiri tentang seekor anjing liar yang ditugaskan untuk menjaga kebun oleh seorang nenek tua di sebuah kampung. Setiap hari apabila nenek masuk ke kebun dia akan membawa sisa-sisa makanan untuk diberi kepada anjing. Sehingga anjing yang diberikan nama, Abu oleh nenek tua mengenali dirinya dan jinak pula. Apabila nenek ingin pulang selepas berkebun, Abu terkedek-kedek ekornya menghantar nenek sehingga satu persimpangan jalan. Nenek tidak pernah memeluk atau membiarkan anjing menjilat kaki atau tangannya. Nenek sayangkan Abu kerana semenjak Abu berada di kebun, tiada musuh-musuh merosakkan tanaman seperti pisang, ubi, jagung yang diusahakannya. Perbuatan nenek pada peringkat awal hanya memberi makanan kepada seekor anjing ini. Pada peringkat awal suaminya Pak Seman menegur nenek tua supaya berhenti sahaja memeberi makanan kepada Abu. Pak Seman mula perasan bahawa kehadiran Abu di kebunnya telah menyelamatkan tanaman di kebunnya. Disebabkan keegoan Pak Seman, sekalipun dia tidak pernah membawakan makanan untuk Abu, hanya isterinya yang sering berbuat begitu. Ada masanya Pak Seman turun ke kebun sendirian, tidak bersama isterinya. Dan saban pagi juga Abu setia menunggu di sebelah dangau tempat kedua mereka berteduh semasa beristirehat setelah penat bekerja.
Tiada sedikitpun makanan dibawa untuk Abu jamah di pagi itu. beberapa kali dia menyalak kerana disebabkan kelaparan. Tidak seperti selalu yang dilakukan oleh nenek tua. Malah pada pagi itu Pak Seman kelihatan marah kepada Abu, lalu menghalaunya dengan membaling ketul-ketul tanah ke arahnya. Abu melarikan diri dengan bersembunyi di sebelik rimbun semak. Dia hanya memerhati Pak Seman dari jauh dan tidak berani menghampiri lelaki itu.
Tidak berapa lama, sewaktu Pak Seman sedang terbongkok mencangkul, menarah pangkal pokok jagung, tiba-tiba muncul seekor babi tunggal yang sebesar anak lembu dari celahan rimbun, Pak Seman tidak sedar kehadiran babi tunggal tersebut.Tidak semena-mena, babi tadi menonong berlari hendak menyondol Pak Seman yang leka mencangkul. Abu sudah dapat mengesan kehadiran babi tersebut sejak tadi. Dalam masa yang sama Abu melompat keluar dari rimbunan semak lalu cuba memintas kederasan seekor babi yang hendak menyerang Pak Seman. Pak Seman terkejut mendengar bunyi bingit, lekingan anjing dan dengusan seekor babi yang besar. Di hadapan matanya dia melihat seekor anjing sedang bertelagah dengan seekor babi. Pertarungan tersebut berlaku dalam beberapa minit. Kelihatan Abu bersungguh melawan kekuatan seekor babi. Beberapa kali dia menyaksikan Abu terhumban disondol oleh binatang tersebut. Namun akhirnya Abu dapat menggigit dengan kejap kaki babi sehingga akhirnya babi tunggal mati. Ini disaksikan di hadapannya sendiri.
Setelah babi tewas, di lihat Pak Seman, anjing itu berjalan perlahan-lahan menuju ke sebalik rimbun semak. Sesekali dia menoleh ke arah Pak Seman yang sedang memanggil namanya. Abu mengerti Pak Seman benci kepadanya, kerana sepanjang tempoh dia berada di situ sekalipun Pak Seman tidak pernah membawakan sisa-sisa makanan, sebagi upah menjaga kebun. Pada saat-saat begini, Pak Seman merasa sesal, kecewa dan perasan pedih menyiat jiwanya, kerana merasakan pengorbanan Abu tidak terbalas dan tidak terduga. Seekor anjing yang tidak pernah dikenang jasa berjuang untuk menyelamatkan nyawanya. Bermula pada saat itu Pak Seman insaf, dan setiap hari dia akan membawa makanan untuk Abu. Nenek merasa hairan melihat Pak Seman senantiasa mengingatkan tentang sisa-sisa makanan yang akan dibawa ke kebun. ( Iktibar)
Berdasarkan cerita pendek yang saya paparkan di atas, memeprlihatkan ketaatan seekor anjing terhadap tuannya. Memperlihatkan hubungan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi daripada seekor anjing kepada tuannya. Natijah daripada peristiwa tersebut, menunjukkan bahawa khidmat anjing untuk menjaga kebun di haruskan, tetapi bukan untuk dipakaikan reben dan dipeluk cium seperti masyarakat Islam memelihara kucing. Adakah cerita seorang lelaki tua buta dan seekor anjing dengan cerita tadi boleh dikaitkan ? Sudah tentu. Nilai-nilai keinsanan sebagai manusia perlu ada pada setiap hamba Allah. Tetapi konsep I want touch a dog, telah terpesong jauh. Konseo kasih sayang terhadap binatang tidak wajar dibuktikan dengan memeluk cium anjing-anjing. Seperti kata pepatah, "sekiranya hendak berbakti, berbuat baiklah kepada sesiapapun, meskipun seekor anjing yang melolong di jalanan, sekiranya anjing itu sudah mengenali engkau, maka setiap kali kau melalui lorong yang sunyi itu, dia menyedari dan tidak mengejar dirimu"
No comments:
Post a Comment