Sehingga ke hari ini golongan intelektual Barat mengkaji warisan tamadun di zaman Plato, Aristotle dan diteruskan kepada filosof-filosof Abad Pencerahan (Enlightenment), disebabkan mereka tidak mahu kehilangan tradisi keilmuan yang bernilai. Di kalangan mereka seperti Hegel dan Comte, masih merasa keliru dan menangkis perkembangan epistemologi yang diwarisi daripada tamadun Yunani itu, dan mengatakan tradisi ilmu kuno hanya boleh dijadikan sumber atau rakaman sejarah, tetapi bukan boleh dijadikan panduan dalam institusi moden.
Dalam ajaran Islam ianya berbeza samasekali, oleh demikian pandangan sarjana Barat dalam konsep ilmu tidak sama dengan penerimaan kita mengenai kepentingan ilmu melalui konsep Islam.Perkembangan rasionalisme sangat di alu-alukan dalam dunia Islam. Sesuatu yang perlu dijadikan iktibar, bagaimana peristiwa sejarah yang sangat mengkagumkan dan penting, yang telah mempengaruhi falsafah di Eropah dan juga sains pada awal-awal kurun ialah pertumbuhan dan perkembangan rasionalisme dalam Islam. Pergerakan rasionalisme ini bermula setelah kemunculan al-Qur'an dan oleh Rasulullah s.a.w., telah membawa satu kejayaan yang sangat besar pada zaman awal Islam di Timur Tengah dan akhirnya dibawa ke Sepanyol. Perkembangan ilmu pengetahuan meresap ke dalam semua bidang atau cabang ilmu. Kembara keilmuan ini menular seperti bahang haba yang panas ke pelbagai sudut epistemologi ilmu dengan pelbagai cara, samada melalui dakwah, penaklukan , perkahwinan, dan sebagainya.Dalam penularannya itu, rasionalisme telah menyerapi pemikiran cendekiawan Muslim, idea-idea dan konsep-konsep mereka, malahan yang lebih penting tentang konsep ketuhanan.
Menurut makalah Dr. Khalif, dalam epistemologi Islam, para ulama umumnya bersepakat tentang klasifikasi dalam menentukan ilmu-ilmu wahyu (naqliyah) dengan ilmu-ilmu akliah(logik atau rasional). Juga menyentuh kebenaran mutlak epistemologi Islam, ilmu-ilmu wahyu boleh seiring dengan ilmu-ilmu sains kemanusiaan dan sains tabi'i. Al-Qur'an tidak setanding dengan mana-mana kitab falsafah ciptaan manusia, dan tidak juga untuk mengajar doktrin-doktrin falsafah kepada pembacanya. Al-Qur'an merupakan firman Allah S.W.T memenuhi kehendak dan keperluan segenap lapisan manusia yang setaraf kefahaman mereka agar Al-Qur'an menimbulkan keyakinan dan kebenaran hakiki dan menambat jiwa mereka. Jadi, pembahagian di antara ilu-ilmu wahyu dengan ilmu-ilmu akliah (rasional) dilakukan dalam tamadun ilmu berdasar tingkat-tingkat dan martabat ilmu, melalui kepentingan dan kedudukan yang berbeza-beza. Tiada sebarang titik benget mengenai kekeliruan yang berlaku dalam konsep keilmuan dalam Islam.
Dalam menanggap al-Turath, sebagai ilmu tradisi yang perlu dikekalkan hingga ke hari ini bersesuai dengan tanggapan logik dan saintifik, iaitu hujah-hujah yang menyokong tesin berlandaskan ilmu pengetahuan yang hakiki. Rentetan itu, kedudukan ini mempelawa umat Islam kembali menilai semula konsep dan prinsip berdasarkan jawapan-jawapan yang saintifik. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: 'Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu hukum-hakamNya supaya kamu memahami.'
(Surah al-Baqarah 2:242)
'Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah Kitab yang mengandungi perkara yang menimbulkan kelebihan untuk kamu; maka mengapa kamu tidak memahaminya?'
(Surah al- Anbiya' 21:10)
Berdasarkan firman Allah tersebut, menyeru manusia berfikir,memahami seterusnya membuat justifikasi secara rasional dengan berlantaikan kebenaran dan realiti hidup, bukan menurut nafsu yang luwes. Daya intelek umat Islam perlu digembleng, dan akal sebagai fakulti dan berkemampuan untuk berfikir, membuat keputusan dan melakukan penilaian tentang isu-isu yang serius.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
'Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi, supaya dengan melihat kesan-kesan manusia silam, mereka akan menjadi orang yang ada hati yang dengannya menjadi orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? Sesungguhnya bukanlah mata kepada mereka buta, tetapi buta ialah mata hati yang ada di dalam dada.'
(Surah al-Hajj, 22:46)
Dalam konteks ayat -ayat al-Qur'an di atas, umat Islam tidak pernah dipertentangkan untuk mengaut laba daripada tradisi al-Turath, disebabkan tidak ada pergeseran dalam minda di antara ilmu wahyu dengan tradisi. Tidak pula mengikut kefahaman moden Barat yang menanggap tradisi cumalah sebagai mitos dan tidak dibebankan sebagai konsep keilmuan yang penting dan bernilai masa kini. Bagi kejahilan yang menunggangi fikiran Adonis (1994) jelas mengatakan turath sebagai beban yang menghalang kemajuan ( the burden of turath). Kesalahan meletakkan identiti terhadap al-turath juga dilakukan oleh golongan Salafi, segelintir golongan konservatif agama yang sering menolak keagungan fungsional ilmu yang dihasilkan oleh golongan ulama al-turath. Golongan ini dikatakan hanya memilih dan memberi penekanan kepada ilmu fiqh, menolak penerokaan tasawwuf dan metafizik. Padahal kebenaran ilmu yang dihasilkan melalui al-turath diibaratkan seperti kilauan permata yang tiada tolak banding. Menurut bidalan bijak pandai, 'knowledge has a beginning but no end' (Geeta S. Iyengar).
Menurut makalah Dr. Khalif, masyarakat Islam di seluruh dunia perlu menghargai tradisi turath sebagai bidang ilmu yang tinggi sumbangannya. Hanya diri individu yang berintegriti tinggi dapat mengutip dan memanfaatkan bidang- bidang ilmu yang dikarang oleh ulama-ulama muktabar Islam di zaman dahulu. Masyarakat Islam digesa agar memahami pengkaedahan konsep dalam ilmu pengetahuan Islam, sebelum menuding jari mengatakan tradisi tidak memiliki autonomi. Ini kerana setelah agama Islam dibawa oleh nabi kita, bermula detik itulah masyarakat yang mendiami akal kejahilan diberikan sinar baru untuk kebaikan dan kesejahteraan, al-Quran membimbing manusia sejagat menuju ke arah kebaikaan di dunia dan akherat. Samasekali konsep zaman sepertimana kaum sarjana Barat menganggap adanya peringkat zaman seperti zaman kegelapan, kebangkitan (renaissance), pencerahan (enlightenment) dan seterusnya zaman moden, tidak wujud dalam kamus keilmuan Islam.Al-Attas (2007) menyatakan: Tiada terdapat berlaku dalam Islam babak-babak sejarah yang menandakan zaman baharu dalam kehidupan seperti disifatkan sebagai 'klasik', kemudian 'pertengahan' , kemudian 'moden', yang kini sedang menganjak pula ke ' pasca-moden.' Keberadaan ini membuktikan dalam Islam tidak wujudnya dualisme di antara tradisi dan modeniti. Al-turath bukan kitab-kitab mitos yang wajar dilupakan.
Adakah benar Barat tidak menerima kepentingan keilmuan cendiakawan Islam? Dan menganggap tradisi Islam tidak menyuntik kepada epistemologi ilmiah seterusnya? Sebagai bukti sarjana Barat sering melupakan gejala penebaran ilmu yang mantap telah dihasilkan oleh golongan para hukama, beberapa bukti dikemukakan bahawa sebenarnya mereka tetap akan terus mempelajari dan mendalami kehebatan pemikiran tradisi malahan segi apapun, kerana dunia Islam memiliki khazanah keilmuan yang ternyata hebat. Antaranya tokoh ilmuan, seperti Ibnu Rusyd yang terkenal dengan kitab falsafah, berjudul Mabadi' al Falsafah( Pengantar Ilmu Falsafah), Kasyful Adillah, Tahafatul Tahafut dan lain-lain. Ternyata, buah fikiran beliau dalam bidang falsafah telah mempengaruhi ahli falsafah Barat seperti Voltaire dan Rousseau. Melalui kutipan mereka melalai karya-karya tersebut telah mencetus era Renaissance di Perancis sehingga mengubah suasana kehidupan masyarakat Barat di Eropah. Inilah revolusi keilmuan dan pemikiran yang sering Barat lupakan kepada tradisi Islam.

No comments:
Post a Comment