Friday, December 19, 2014
Liberalisme Menurut Pandangan Hidup Islam
Pengertian Pandangan Hidup (fundamental, principle, elementry)
- Islam ( addin) agama wahyu (Al-Quran) melalui Rasulullah s.a.w
- Pengembangan Islam diringi dengan Hadis Nabi
- Islam membawa peradaban baru (madaniyah) kepada seluruh bidang kehidupan manusia
- Konsep asas (akar) fundamental bagi kesejagatan hhidup berpandukan Islam (cara berfikir, kehidupan, ilmu, sains dll) menurut pandangan Al-Quran.
Sunday, December 14, 2014
Liberalisme Menurut Pandangan Hidup Islam
Secara umum, liberalisme berselindung disebalik hak asasi manusia, para pendokong liberalisme memperjuangkan kebebasan individu yang mutlak tanpa
sekatan atau dengan sekatan yang paling sedikit. Mereka mempunyai gagasan yang
menyatakan bahawa individu lebih penting dari masyarakat dan setiap individu
bebas dari ikatan agama.
Serangan pemikiran liberal yang
kuat mengancam dan menghakis kefahaman Islam yang sahih di kalangan umat Islam
Malaysia ketika ini merupakan rentetan daripada serangan pemikiran. Fahaman
liberal ini yang dahulunya dipelopori oleh pemikir
Barat semasa Zaman Renaissance dan para orientalis semasa perkembangannya, tanpa sedar atau tidak atau
kerana terpesona dengan ketamadunan dicapai Barat. Barat
menayalurkan pemikiran secular kpd masyarakat Timur.
Umar
al-Khattab ra
pernah menasihati kaum muslimin bahawa “akan terungkailah ikatan Islam satu persatu dari seorang yang lahir membesar
di dalam Islam tetapi tidak mengenali jahiliyyah“. Oleh itu, menjadi
kewajipan kita umat Islam untuk mengenali apakah ciri-ciri musuh Islam yang
membawa fahaman liberal ini di samping mempelajari dan mengamalkan Islam yang
dibawa oleh Rasulullah saw.
Ciri-ciri liberalisme
1. Memperjuangkan pluralisme agama. (semua agama sama) yakni menyembah
Tuhan yang satu dan semuanya membawa ke jalan kebenaran. Akibatnya timbullah
kes seperti Sambutan Kongsi-Raya antara agama yang difatwakan haram oleh
Muzakarah Ulama 2006 di Perak.
2. Mendesak agar diberikan hak kebebasan untuk murtad kepada orang
Islam. Mereka memperjuangkan ide ini seperti yang terjadi dalam kes Lina Joy
kerana terpengaruh dengan konsep Hak Asasi Manusia tajaan Barat yang
memutlakkan hak kebebasan individu dalam beragama, di samping kejahilan mereka
menafsirkan Al-Qur’an dan Hadis mengikut citarasa mereka seperti ayat 256 surah
al-Baqarah. Perjuangan mereka diperhebatkan lagi dengan penubuhan Inter-Faith
Council (IFC) yang cuba menghakis ajaran Islam yang dilihat bertentangan dengan
ide kebebasan beragama mereka.
3. Al-Qur’an perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman.
Pendokong fahaman liberal mengatakan bahawa Al-Qur’an perlu ditafsirkan semula
tanpa terikat dengan tafsiran ulama(turath) terdahulu yang sudah ketinggalan
zaman. Mereka berpendirian bahawa pentafsiran baru bagi Al-Qur’an tidak perlu
terikat dengan disiplin ilmu tafsir
dan memadai hanya dengan akal serta rasional semata-mata.
4. Mempertikati syari’at dan hukum Allah swt dengan hujah rasional
seperti hukum faraid, poligami, kewajipan bertudung bagi wanita, hukuman bunuh
bagi orang murtad, hukum hudud, hak suami mencerai isteri dan larangan
berkahwin antara orang Islam dan bukan Islam.
5. Menolak penguatkuasaan undang-undang moral berteraskan agama.
Mereka mengatakan bahawa undang-undang tersebut melanggar kebebasan dan hak asasi manusia serta mendesak pihak
berkuasa seperti Jabatan Agama Negeri supaya tidak menggunakan pendekatan undang-undang
untuk mengawasi akhlak rakyat.
6. Mendokong gerakan pembebasan wanita
(feminisme). Mereka menyeru agar
wanita Islam mencontohi wanita Barat dan menuntut persamaan hak antara lelaki
dan wanita seperti pembahagian harta pusaka, poligami, hak penceraian serta
menentang pakaian menutup aurat.
7. Meragui kesahihan sebahagian teks Al-Qur’an dan penyusunannya
dengan mengatakan bahawa teks Al-Qur’an telah dicemari dan ditambah-tambah oleh
para sahabat Rasulullah saw seperti dalam surah at-Taubah.
8. Mempertikai hadis Nabi saw bercanggah dengan Al-Qur’an. Mereka
melaga-lagakan hadis Nabis saw yang kelihatan bertentangan dengan Al-Qur’an
sedangkan sebenarnya mereka tidak memiliki keahlian dalam mengeluarkan hukum.
9.
Menghina keperibadian
Rasulullah saw dengan mengatakan Rasulullah saw gila seks dan sebagainya.
Menurut Dr.Khalif Muammar:
Ada dua jenis orang Islam yg hidup di Barat, pertama
yang semakin kuat jati diri keislamannya kerana mampu berhadapan dengan
peradaban Barat dengan penuh keyakinan diri, ilmunya cukup dan pemikirannya
lurus. Dan kedua orang yang semakin luntur jati dirinya dan menjadi seorang
sekular dan liberal kerana kehilangan keyakinan pada peradaban dan worldview
Islam sehingga menerima apa sahaja idea Barat dan cuba menjustifikasikannya
dengan ajaran Islam.
Saya fikir golongan liberal juga merupakan golongan
ekstrimis atau pelampau. Kerana mereka ingin memaksakan tata nilai dan kerangka
pemikiran asing yang mereka pegang untuk diterima oleh masyarakat umum yang
memiliki tata nilai dan kerangka pemikiran yang berbeza, mereka memaksa
masyarakat menerima sekularisme, human rightisme, dan pluralisme agama.
Golongan feminis, sebagai contoh, menganggap bahawa
ketaatan isteri kepada suami merupakan satu bentuk syirik. Kerana bagi mereka
keduanya adalah sama rata, yang satu tidak lebih dari yang lain. Golongan
liberal ingin memaksakan masyarakat Islam agar menerima golongan LGBT sebagai
golongan yang memiliki hak yang sama dengan orang biasa dan diterima oleh
masyarakat selayaknya manusia yang normal.
Tapi yang sering berlaku adalah sebaliknya, yang
menentang golongan liberal ini yang dianggap ekstrimis dan yang menerimanya
sering ditonjolkan sebagai moderates.
Liberalisme bagi pandangan saya merupakan filsafat yang direka dengan perancangan untuk menghina dan memperlecehkan Islam yang tertegak berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Islam merupakan agama yang mengiktiraf rasionalisme berasaskan aspek-aspek fundamental Islam, iaitu Iman. Menurut al-Faruqi, tidak bererti bahawa manusia menyerah atau menerima bulat-bulat sesuatu tanpa sebab dan akibat atau tanpa keyakinan yang rasional. Apabila dikaitkan dengan Islam, Al-Quran merupakan wahyu yang cukup rasional, dan teratur untuk kehidupan awal manusia hingga ke akhir zaman. Menurut beliau lagi, keimanan kepada Pencipta memerlukan akal dan rasional terhadap kewujudan dan keesaan Tuhan. Akal merupakan anugerah yang mulia kepada manusia dalam mempertimbang sesuatu, dan bukan rasional yang difahami oleh Barat yang lebih condong kepada epistemologi yang kehilangan punca.

Thursday, December 4, 2014
Asal usul Idea liberal dan Pemindahannya ke Dunia Barat
Manusia tidak mengetahui erti kebebasan sehinggalah Rasulullah s.a.w diwahyukan dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud:
'Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari seketul darah beku; Bacalah , dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.' (surah al-Alaq:1-5)

Falsafah hidup yang baru membebaskan manusia daripada dibelenggu dengan batasan-batasan, peraturan lama, adat, tradisi kepada ruang atau pandangan hidup yang bebas dengan intelektual, justeru manusia dapat berkongsi persamaaan, persaudaraan dan kebebasan, tanpa diskriminasi yang mengikat sebelumnya. Perkembangan ilmu berkembang di kota-kota besar seperti Baghdad, Kaherah, Damsyik, Cordova, Seville dan Toledo. Eropah sedia membukakan pintunya ketika ini terhadap perkembangan epistemologi di Timur. Hasil-hasil penulisan sarjawan Islam diterjemahkan kedalam bahasa Latin pada kurun ke-11, 12 dan 13. Pusat-pusat pembelajaran di Barat tumbuh di Lorraine, Salerno, dan Toledo, Lorraine, Jerman dan Eropah Tengah, seterusnya menyeberanjgi nSelat Inggeris menuju ke England.
Dalam buku 'The Making of Humanity' yang ditulis oleh Robert Briffault, kebangkitan kebudayaan Arab dan Moor, Sepanyol merupakan tempat pertama kelahiran semula Eropah, setelah mereka hidup dalam tahap barbarisme yang penuh dengan ketakutan dan kegelapan. Islam menjadi obor satu fasa evolusi yang penuh peradaban dan nilai-nilai murni. Tamadun Barat meminjam banyak ilmu pengetahuan, konsep dan segi konsep daripada dunia Islam.
Ternyata liberalisme menurut Pandangan Hidup Islam ( Islamic Worldview ) sesat dan menyesatkan umat manusia. Ketagihan kebebasan fikiran yang melampau hari ini mendera sejumlah umat Islam, sehingga terbawa-bawa dengan kefahaman liberalisme yang diumpan oleh Barat. Islam diturun oleh Allah SWT kepada manusia melalui wahyu yang disampaikan melalui Rasulullah s.a.w merupakan penyuluh kehidupan manusia yang dipenuhi jahiliah, kegelapan, kebodohan, kesombongan dan lain-lain kedaifan. Islam membawa peradaban dan fikiran yang baru lebih rasional daripada segala epistemologi yang dimiliki oleh manusia. Islam merupakan teras atau akar (fundamental) bagi kesejagatan kehidupan manusia di Timur dan Barat. Islam melengkapkan kehidupan manusia dalam segenap aspek kehidupan samada keduniaan ataupun kerohanian.
Melalui Islam konsep ketuhanan ditekankan paling teratas kerana itulah pundak dan Maha Pencipta yang wajib dikenali sebelum manusia mengenali perkara-perkara yang lain. Dalam Islam Rukun Iman merupakan teras sebagai kekuatan rohani kepada penganutnya. Kemudian ditekankan kepentingan ilmu pengetahuan, hakikat amalan, dan natijah daripadanya amalan atau pekerjaan yang dilakukan samada pekerjaan untuk kehidupan manusia di dunia, juga pekerjaan untuk manusia untuki di akherat( pahala ), iaitu suatu keyakinan bermulanya kehidupan di dunia akherat.

Subscribe to:
Posts (Atom)