Thursday, December 4, 2014

Asal usul Idea liberal dan Pemindahannya ke Dunia Barat

Manusia tidak mengetahui erti kebebasan sehinggalah Rasulullah s.a.w diwahyukan dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud:

          'Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari seketul darah beku; Bacalah , dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.' (surah al-Alaq:1-5)



Falsafah hidup yang baru membebaskan manusia daripada dibelenggu dengan batasan-batasan, peraturan lama, adat, tradisi kepada ruang atau pandangan hidup yang bebas dengan intelektual, justeru manusia dapat berkongsi persamaaan, persaudaraan dan kebebasan, tanpa diskriminasi yang mengikat sebelumnya. Perkembangan ilmu berkembang di kota-kota besar seperti Baghdad, Kaherah, Damsyik, Cordova, Seville dan Toledo. Eropah sedia membukakan pintunya ketika ini terhadap perkembangan epistemologi di Timur. Hasil-hasil penulisan sarjawan Islam diterjemahkan kedalam bahasa Latin pada kurun ke-11, 12 dan 13. Pusat-pusat pembelajaran di Barat tumbuh di Lorraine, Salerno, dan Toledo, Lorraine, Jerman dan Eropah Tengah, seterusnya menyeberanjgi nSelat Inggeris menuju ke England. 
          Dalam buku 'The Making of Humanity' yang ditulis oleh Robert Briffault, kebangkitan kebudayaan Arab dan Moor, Sepanyol merupakan tempat pertama kelahiran semula Eropah, setelah mereka hidup dalam tahap barbarisme yang penuh dengan ketakutan dan kegelapan. Islam menjadi obor  satu fasa evolusi yang penuh peradaban dan nilai-nilai murni. Tamadun Barat meminjam banyak ilmu pengetahuan, konsep dan segi konsep daripada dunia Islam.
         
Ternyata liberalisme menurut Pandangan Hidup Islam ( Islamic Worldview ) sesat dan menyesatkan umat manusia. Ketagihan kebebasan fikiran yang melampau hari ini mendera sejumlah umat Islam, sehingga terbawa-bawa dengan kefahaman liberalisme yang diumpan oleh Barat. Islam diturun oleh Allah SWT kepada manusia melalui wahyu yang disampaikan melalui Rasulullah s.a.w merupakan penyuluh kehidupan manusia yang dipenuhi jahiliah, kegelapan, kebodohan, kesombongan dan lain-lain kedaifan. Islam membawa peradaban dan fikiran yang baru lebih rasional daripada segala epistemologi yang dimiliki oleh manusia. Islam merupakan teras atau akar (fundamental) bagi kesejagatan kehidupan manusia di Timur dan Barat. Islam melengkapkan kehidupan manusia dalam segenap aspek kehidupan samada keduniaan ataupun kerohanian.
     Melalui Islam konsep ketuhanan ditekankan paling teratas kerana itulah pundak dan Maha Pencipta yang wajib dikenali sebelum manusia mengenali perkara-perkara yang lain. Dalam Islam Rukun Iman merupakan teras sebagai kekuatan rohani kepada penganutnya. Kemudian ditekankan kepentingan ilmu pengetahuan, hakikat amalan, dan natijah daripadanya amalan atau pekerjaan yang dilakukan samada pekerjaan untuk kehidupan manusia di dunia, juga pekerjaan untuk manusia untuki di akherat( pahala ), iaitu suatu keyakinan bermulanya kehidupan di dunia akherat.







No comments:

Post a Comment