Tidak dinafikan kedatangan Islam merupakan asas atau tapak dalam pembinaan tamadun pemikiran dan kemodenan. Perubahan demi perubahan berkembang melalui zaman berzaman, melangkau sempadan dan benua. Pandangan hidup yang ideal dan rasional menurut acuan Islam menjalar seperti arus sungai yang mengalir dari perbukitan, menuruni ke lembah-lembah yang dahagakan keilmuan. Kegelapanpun bertukar menjadi kecerahan yang panjang. Kedangkalan ilmu disuluh oleh kedatangan Islam yang universal. Islam sebagai teras, kerangka dalam apapun juga epistemologi, samada di Timur mahu di Barat. Apatah lagi sebagai belati untuk memutuskan pandangan Orientalisme Barat yang sangat rapuh terhadap dunia Timur. Menurut pandangan hidup acuan Islam, tiada dikotomi makna yang tuntas dapat memisahkan agama dan kehidupan manusia sejagat.
Dalam fasa pertama sejarah kemunculan Islam, Baginda s.a.w, diutus oleh Allah S.W.T membina semula kehidupan manusia atas dasar keimanan kepada keesaan Tuhan, keimanan kepada akhirat, kepatuhan keapda ajaran para Rasul. Selama 13 tahun, usaha baginda, dan pengikutnya terlalu kecil, tetapi memiliki semangat dan kejujuran. Apabila Baginda berhijrah ke Madinah, bagainda berjaya membina sebuah negara dan masyarakat Islam madani. Tata sosial itu merupakan manisfestasi yang sempurna kepada cita-cita Islam tentang tamadun, peradaban dan kebudayaan manusia, moral dan etika peribadi, keadilan sosial dan kesaksamaan ekonomi, persaudaraan dan semangat kekeluargaan serta perpaduan dan kesatuan. Ajaran Islam tidak merupakan teori, tetapi realiti yang dihayati dalam kehidupan masyarakat. Apakah bentuk manusia yang ingin dilahirkan oleh Islam dalam segala urusan kehidupan dunia dan akhirat? Apakah Islam masih sesuai untuk dipraktik masa kini?
Di peringkat awal faktor kejayaan Islam, ketika Rasulullah s.a.w mendakwah Islam di Makkah, segelintir orang yang memahami makna dan kepentingan ajaran Tauhid. Ia difahami oleh mereka yang memiliki keupayaan intelek dan kefahaman yang lur biasa, iaitu golongan yang dapat berfikir melampaui prasangka zaman jahiliyah yang tebal, mengenali dan menerima kebenaran, mempunyai keberanian moral untuk meletakkan nyawa di tangan yang membenci Islam ditegakkan. Begitulah seterusnya sehingga apabila Baginda dan pengikut berhijrah ke Madinah, sebagai Ketua Negara Islam yang mutlak di tanah baru, baginda memperkenalkan pelbagai perubahan dengan diringi nilai-nilai moral, sosial, politik secara nyata dan konkrit. Hal-hal begini tidak dapat dinafikan oleh Barat, sekiranya mereka benar-benar jujur dalam melakukan penyelidekan terhadap sejarah Baginda sewaktu menegakkan Islam. Mereka akan menjumpai betapa keterttiban, keamanan. kebaikan, keadilan, keluargaan yang terserlah di dalam ajaran Islam. Roh dan bentuk peradaban dan kebudayaan mereka mengalami perubahan yang radikal, seterusnya mengubah perjalanan sejarah manusia. Keberadaan Islam yang gemilang perlu diukur oleh mata Barat melalui perspektif yang sejagat.Kerana Islam menghapuskan sebarang kekeliruan dan sankaan mereka yang sesat.
Islam disebarkan melalui kefahaman Al-Quran dan Hadith. Inilah prinsip-prinsip yang menjadi teras dan dasar kepada pandangan hidup (framework) bagi kehidupan dunia dan akherat. Struktur kosmologi Islam, merupakan kebenaran berasaskan kepada kajian metafizika terhadap dunia yang realiti dan alam yang terbungkus oleh pendekatan tauhid. Nyata akherat tidak boleh dijangkau melalui rasionalisme semata-mata. Berbeza dengan Barat yang melihat sudut -sudut luaran (dunia) secara artificial. Pandangan Islam memiliki prinsip-prinsipnya berdasarkan ayat-ayat Al-Quran tentang alam fizikal dan metafizika. Allah merubah fitrah manusia melalui Islam, disamping petunjuk hidayah. Seperti maksud firmanNya:
"Dan umat yang sungguh-sungguh dan cinta kepada (ajaran) Kami, pasti Kami tunjukkan jalan Kami." (Al- Ankabut: 69)
"Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan suatu bangsa, sehingga bangsa itu sendiri yang merubah nasib mereka." ( Ar-Ra'd: 11)Islam disebarkan melalui kefahaman Al-Quran dan Hadith. Inilah prinsip-prinsip yang menjadi teras dan dasar kepada pandangan hidup (framework) bagi kehidupan dunia dan akherat. Struktur kosmologi Islam, merupakan kebenaran berasaskan kepada kajian metafizika terhadap dunia yang realiti dan alam yang terbungkus oleh pendekatan tauhid. Nyata akherat tidak boleh dijangkau melalui rasionalisme semata-mata. Berbeza dengan Barat yang melihat sudut -sudut luaran (dunia) secara artificial. Pandangan Islam memiliki prinsip-prinsipnya berdasarkan ayat-ayat Al-Quran tentang alam fizikal dan metafizika. Allah merubah fitrah manusia melalui Islam, disamping petunjuk hidayah. Seperti maksud firmanNya:
"Dan umat yang sungguh-sungguh dan cinta kepada (ajaran) Kami, pasti Kami tunjukkan jalan Kami." (Al- Ankabut: 69)
Berdasarkan firman di atas ajaran Islam dapat dijadikan panduan dalam segala urusan kehidupan manusia, sesuai dengan batas kemampuan yang mereka miliki. Inilah panduan praktikal yang disarankan oleh ajaran Islam untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akherat. Berbeda dengan Barat yang melihat cuma pada kaedah-kaedah epistemologi yang rasional, idealisme, pragmatik, sehingga sudut-sudut luaran tersebut tidak diiringi dengan keterangan dengan ayat-ayat Al-Quran, secara 'qauliyyah'. Ini kerana pandangan hidup menurut Islam bersifat menyeluruh, tiada pemisahan (dikotomi) antara objektif dan subjektif, tiada tekstual dan kontekstual, tiada termaktub historikal dan normatif. Islam melihat pandangan duniawi dan ukhrawi, ontologi dan kosmologi yang bergandingan menuju ke aras matlamat mutlak kepada Allah SWT. Menurut Prof. Naquib al-Attas, "wahyu sebagai epistemologi mengenai realiti dan kebenaran mutlak, berdasarkan prinsip-prinsip keimanan kerana ilmu pengetahuan berasal daripada Allaha SWT, kemudian disertakan dengan Hadith, akal, pengalaman dan intuisi yang kukuh daripada ulama-ulama muktabar. Melalui konsep tafsir dan ta'wil, sesuatu yang realistik fizika dan kerohanian, merupakan kesinambungan daripada ilmu tafsir. Pandangan hidup Islam menggabungkan metodologi rasionalisme dan empirikal, wahyu pula sebagai sumber memperjelaskan kedudukan Ak-Quran. Hal ini tidak dapat dibuktikan melalui rasional dan empirisme Barat .
Islam Dan Krisis Dunia Moden (menurut Pandangan Muhammad Qutb)
Kekaguman terhadap pencapaian sains pada abad ke-18 dan 19, Barat beranggapan agama tidak memberi manfaat kepada kehidupan manusia. Hampir semua tokoh psikologi dan sosiologi sarjana Barat mentaati kefahaman tersebut. Freud, ahli psikologi mengatakan bahawa kehidupan manusia melalui tiga peringkat psikologi, iaitu tahyul, agama dan sains. Bagi mereka agama sudah ketinggalan zaman. Keadaan ini berpunca suatu krisis kelompok sains dan gereja Kristian, yang mana perjuangan gereja Kristian bersifat reaksioner, ketinggalan zaman, tahyul dan mundur.
Islam merupakan sistem bagi kehidupan praktikal kepada manusia dalam semua sudut ruang kecil dan besar. Merangkumi ide-ide, ideologi dan konsep yang dapat merungkai alam tabi'i, menentukan kedudukan manusia di peringkat permulaan dan pengakhirannya. Pandangan Islam merangkumi doktrin dan organisasi praktikal untuk menentukan realiti kehidupan manusia seharian, seperti etika, sistemtem politik, doktrin ekonomi, institusi dan sebagainya. Pandangan hidup menurut sistem Islam melengkapi, saling bergantungan dalam segala aspek yang diperlukan oleh manusia dalam aktiviti-aktiviti kehidupan manusia. Jadinya, Islam bukan kepercayaan-kepercayaan bersifat emosi yang memisahkan tanggungjawab manusia. Islam bukan sekadar agama beribadah secara indiividu atau kolektif, Islam tidak terbatas fungsinya untuk menuju ke alam syurga, sebaliknya Islam menyusun kehidupan manusia dalam segala sistem hidup manusia. Ia sebagai pelengkap kepada institusi, perundangan dan suatu metodologi yang memiliki keistimewaan berbeda dengan ajaran-ajaran yang lain.
Usaha sekularisme memisahkan agama dan kehidupan kebendaan merupakan serangan daripada Kristian terhadap umat Islam. Kejayaan mereka yang paling besar diperoleh melalui Kamal Artatuk, yang menamatkan Khilafah Islamiyyah, memisahkan agama daripada negara dan tergar menegakkan negara sekular. Matlamat sekular menyingkirkan Syari'ah Islam daripada kedudukannya dalam sumber perundangan, menggunakan kod-kod undang-undang Barat, juga melibatkan perkara-perkara yang lain. Matlamat akhir mereka untuk menghapuskan Islam sebagai panduan hidup yang syumul dan sempurna. Cara hidup Islam bersifat sejagat dan abadi kepada seluruh zaman sehingga ke penghujung usia dunia.
Pandangan hidup Islam merupakan asas kepada peradaban dan ketamadunan manusia. Pada peringkat awal Al-Quran sebagai wahyu yang diturunkan di kota Mekah, yang terdiri 85 surah daripada Al-Quran. Ianya mengandungi konsep-konsep keimanan kepada Allah SWT, diantaranya percaya kepada Hari Kebangkitan, Penciptaan Manusia dan Kebertanggungjawabannya, Syurga dan Neraka, Hari Pembalasan, Qada' dan Qadar. Mentaati elemen-elemen penting ini merupakan fundamental ataupun kerangka asas pandangan hidup Islam. Apabila Rasulullah berpindah ke Madinah, wahyu diturunkan melengkapi kehidupan manusia dalam menitik beratkan penyempurnaan peribadatan, Rukun Islam, Sistem Kekeluargaan, Kemasyarakatan dan sebagainya. Islam merupakan sistem hidup manusia yang sempurna dan relatif sepanjang zaman.